Subramanya Bharathi

Chinnaswami Subramania Bharati
Kelahiran
Sundara Murthy

(1882-12-11)11 Disember 1882
Ettayapuram, Madras Presidency, India
Meninggal dunia11 September 1921(1921-09-11) (umur 38)
Madras, India
WarganegaraIndian,
Nama lainBharathiyar, Subbaiya, Sakthi Dasan, Mahakavi, Mundaasu Kavignar
Pekerjaanjournalist
Terkenal keranaIndian independence activism, poetry, social reform
Karya terkenal
Panjali Sapatham, Pappa Pattu, Kannan Pattu, Kuyil Pattu, etc.
Gerakan politikIndian independence movement
PasanganChellamal
Anak-anakThangammal Bharati (b. 1904), Shakuntala Bharati (b. 1908)
Ibu bapaChinnasami Subramanya Iyer and Elakkumi (Lakshmi) Ammaal
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "grandchildren"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "influenced"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Chinnaswami Subramania Bharati (Tamil: சின்னசுவாமி சுப்பிரமணிய பாரதி) (December 11, 1882 – September 11, 1921) merupakan seorang penulis, penyair, wartawan dan juga aktivis kemerdekaan dan reformis dari Tamil Nadu, India. Beliau terkenal dengan nama 'Mahakavi Bharathiyar', merupakan seorang karyawan yang mempelopori puisi moden Tamil.

Beliau dilahirkan di Ettayapuram pada tahun 1882 dan belajar di daerah Tirunelveli. Beliau pernah bekerja sebagai wartawan suratkhabar, diantaranya Swadesamitran dan India. Beliau begitu aktif dalam Kongres Nasional India. Pada tahun 1908, beliau telah dikeluarkan waran tangkap oleh kerajaan British India atas kesalahan melakukan aktiviti berunsurkan revolusi dan oleh kerana itu, beliau terpaksa berhijrah ke Pondicherry dan menetap di situ sehingga tahun 1918.

Beliau merupakan seorang pendita Tamil yang berwibawa dan terkenal menghasilkan puisi-puisi moden yang mendapat sambutan ramai. Kebanyakan karyanya bertemakan agama, politik dan sosial. Banyak daripada karyanya telah digunakan secara meluasnya dalam filem-filem Tamil serta di dalam konsert Musik Klasik Tamil.

Subramania Bharati telah dianugerahkan gelaran Bharati kerana kehebatannya dalam bidang puisi dan merupakan pelopor kepada puisi Tamil moden. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Bharati atau Bharathiyaar, dan juga Mahakavi Bharati yang bermaksud "Penyair Agung Bharati". Karya-karyanya merangkumi lagu-lagu patriotik yang digubah semasa perjuangan kemerdekaan India. Beliau memperjuangkan pembebasan wanita, menentang perkahwinan kanak-kanak, menolak sistem kasta dan menggesa pembaharuan dalam masyarakat serta agama.

Beliau pernah bekerja sebagai wartawan untuk pelbagai akhbar termasuk Swadesamitran, The Hindu, Bala Bharata, Vijaya, Chakravarthini dan India. Bharati menganggap Saudari Nivedita, seorang pengikut Swami Vivekananda, sebagai gurunya.

Pada tahun 1908, kerajaan British mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau, menyebabkan Bharati hidup dalam buangan di Pondicherry yang ketika itu berada di bawah jajahan Perancis, selama kira-kira sepuluh tahun sehingga tahun 1918. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia pada 11 September 1921, beliau telah diserang oleh seekor gajah kuil di Kuil Parthasarathy, Thiruvallikeni — seekor gajah yang biasa diberinya makan setiap hari.

Bharati menguasai beberapa bahasa dan mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap bahasa Tamil. Karya-karyanya mencakupi tema politik, sosial dan kerohanian. Puisi dan lagu yang digubah oleh Bharati terus hidup dalam kesusasteraan, muzik dan kehidupan harian masyarakat Tamil. Antara karya terkenalnya ialah Panjali Sabatham, Kannan Paatu, Kuyil Paatu, Paapa Paatu, Chinnanchiru Kiliye, Vinayagar Nanmanimalai, serta terjemahan dalam bahasa Tamil bagi Yoga Sutra karya Patanjali dan Bhagavad Gita. Bharati juga merupakan penyair pertama yang karya sasteranya telah dinasionalisasikan pada tahun 1949.