Streptococcus
| Streptococcus | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | |
| Filum: | |
| Kelas: | Bacilli
|
| Order: | Lactobacillales
|
| Keluarga: | Streptococcaceae
|
| Genus: | Streptococcus Rosenbach, 1884
|
| Species | |
| |
Streptococcus ialah salah satu genus dari bakteria bukan motil yang mengandungi sel gram positif, berbentuk buat, bujur dan membentuk rantai pendek, panjang atau berpasangan. Bakteria ini tidak membentuk spora. Bakteria ini dapat ditemui di bahagian mulut, usus manusia dan haiwan. Terdapat juga jenis yang digunakan untuk penapaian makanan dan minuman. Beberapa jenis ada yang bersifat patogen. Spesies bakteria Streptococcus yang bersifat patogen diantaranya dapat menyebabkan penyakit seperti pneumonia, meningitis, necrotizing fasciitis, erisipelas, radang tekak, dan endokarditis. Jenis bakteria dari genus ini juga banyak digunaan dalam penghasilan keju dan yogurt. Klasifikasi bakteria dari genus Streptococcus disusun berdasarkan sifat-sifat hemolitik yang dimiliki iaitu Streptococcus hemolitik alpha, hemolitik beta, dan hemolitik gamma. Berdasarkan kombinasi sifat antigen, hemolitik dan fisiologinya, genus dari bakteria ini dibahagi menjadi kumpulan A, B, C, D, F, dan G. Kumpulan A dan D dapat disebarkan kepada manusia melalui makanan. Kumpulan A terdiri daripada satu spesies dengan 40 jenis antigen. Spesies dari kumpulan A tersebut ialah S. pyogenes.