Firmicutes

Firmicutes
Bacillus subtilis, (Pewarnaan Gram)
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Firmicutes
Kelas

Bacilli
Clostridia
Mollicutes

Firmicutes (daripada bahasa Latin: firmus, keras , dan cutis, kulit, merujuk kepada dinding sel) adalah sebuah filum bakteria, di mana kebanyakkanya mempunyai struktur dinding sel yang Gram-positif. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli filum ini adalah Gram-negatif. Contohnya, Mollicutes atau mikooplasma, langsung tidak mempunyai dinding sel dan oleh itu tidak boleh diwarnakan oleh pewarnaan Gram, tetapi masih tidak mempunyai lapisan membran kedua yang terdapat didalam bakteria Gram-negatif yang sebenar. Megasphaera, Pectinatus, Selenomonas, dan Zymophilus pula, mempunyai membran luaran palsu yang telap yang juga menyebabkan ia Gram-negatif. Sebelum ini, saintis telah memasukkan semua bakteria Gram-positif kedalam filum Firmicutes, tetapi baru-baru ini, telah mendifinisikan ia sebagai sebuah kumpulan teras yang terdiri oleh bakteria GC-rendah, tidak seperti untuk Actinobacteria. Secara amnya, semua ahli filum Firmicutes mempunyai sel yang berbentuk bulat (kokkus), atau pun berbentuk seperti tongkat lurus (rod).

Banyak ahli Firmicutes menghasilkan endospora, yang tahan kepada keadaan kering dan mampu betahan didalam persekitaraan yang ekstrim. Firmicutes terdapat didalam pelbagai persekitaran dan kumpulan ini mempunyai beberapa patogen yang terkenal. Sebuah famili didalam filum ini, heliobacteria, boleh menjalani fotosintesis. Firmicutes juga terlibat didalam pembasian minuman keras seperti bir dan arak.