Strategi Lautan Biru Kebangsaan
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Blue Ocean Strategy; secara rasmi disingkat sebagai NBOS) ialah satu program yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2009 dengan bertujuan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan.
Terdapat lebih daripada 80 jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan 116 inisiatif NBOS secara kolaboratif sejak pelancarannya. Hasil kerjasama di kalangan Jabatan dan agensi Kerajaan berjaya memecahkan benteng yang sebelum ini memberi kesan kepada kelancaran program-program Kerajaan. Malah melalui kerjasama kreatif inisiatif NBOS, pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan akan lebih mengetahui fungsi masing-masing dengan lebih mendalam dan dengan itu dapat mengelakkan pertindihan fungsi-fungsi agensi.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan NBOS sebagai program terbaik di dunia.