Stesen Sindorim
140 / 234 Stesen Sindorim | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Laluan Keluar 1 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Nama Korea | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Hangul | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Hanja | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Perumian Semakan | Sindorim-yeok | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| McCune–Reischauer | Sindorim-yŏk | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Maklumat umum | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | 460-26 Sindorim-dong, Guro-gu, Seoul | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Dikendalikan oleh | Korail, Seoul Metro | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Laluan | Laluan 1 Laluan 2 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Platform | 6 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Trek | 8 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Dibuka | 22 Mei 1984 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Penumpang | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Penumpang | (Harian) Berdasarkan Jan-Dis 2012. Line 2: 125,165 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lokasi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Stesen Sindorim ialah sebuah stesen di Laluan 1 (platform atas tanah) dan Laluan 2 (bawah tanah) Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ia juga merupakan terminal tenggara Laluan 2 Cabang Sinjeong ke Kkachisan (platform bawah tanah 3). Stesen ini terletak di pinggir utara Sindorim-dong, Guro-gu, Seoul, bersempadan dengan Yeongdeungpo-gu.
Stesen Sindorim direka terutamanya berfungsi sebagai stesen pertukaran Laluan 1 dan 2, tanpa keluar dari platform Laluan 1. Ia dikenali sebagai stesen pertukaran yang paling sesak bagi Kereta Api Bawah Tanah Seoul, terutama ketika waktu sibuk. Dianggarkan lebih 320,000 orang penumpang menggunakan Stesen Sindorim dalam sehari untuk bertukar antara Laluan 1 dan 2. Pelan untuk memperluaskan bahagian Laluan 2 stesen, termasuk platform baru untuk laluan bulatan luar, kini direkabentuk. Pintu skrin telah ditambah ke platform bawah tanah. D-Cube City, sebuah pusat membeli-belah yang besar dengan banyak kedai dan restoran, terletak di sebelah stesen.
Semua tren Laluan 2 yang beroperasi ke stesen ini mengambil Cabang Sinjeong untuk diservis di Depott Servis Sinjeong, yang terletak bersebelahan Stesen Pejabat Yangcheon-gu.