Stesen LRT KLCC
| Lokasi | Stesen KLCC, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Koordinat | 3°09′32.4″N 101°42′48.7″E / 3.159000°N 101.713528°E | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
| Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
| Platform | 1 | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Sambungan | Rapid Bus: 300, 302, 303 Bas GoKL: Hijau | ||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
| Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan basikal | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | KJ10 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT KLCC ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Nama stesen ini diambil sempena mercu tanda berdekatan iaitu Menara Berkembar Petronas (lebih dikenali sebagai KLCC). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk Sri Rampai). Stesen ini juga dihubungkan dengan 12 Stesen MRT Persiaran KLCC Laluan Putrajaya (PYL) yang dibuka pada Mac 2023.