Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran
| Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran | |
|---|---|
| Parsi: ستاد کل نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایران | |
Bendera Staf Am Angkatan Tentera | |
Penyandang Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi sejak 13 Jun 2025 | |
| Anggota bagi | Angkatan Tentera Republik Islam Iran |
| Lapor kepada | Pejabat tentera Pemimpin Agung |
| Bidang kuasa | Iran |
| Dilantik oleh | Pemimpin Agung Iran |
| Dibentuk | 26 September 1989 |
| Pemegang pertama | Mejar Jeneral Hassan Firouzabadi |
| Timbalan/naib | Brigedier Jeneral Mohammadreza Gharaei Ashtiani |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Staf Am Angkatan Tentera Republik Islam Iran (Parsi: ستاد کل نیروهای مسلح جمهوری اسلامی ایران) adalah institusi tentera paling kanan di Iran, dengan matlamat untuk melaksanakan dasar, memantau dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti di dalam Angkatan Tentera.
Dua angkatan bersenjata Iran yang berasingan, iaitu Tentera Republik Islam Iran (Arteš) dan Kor Pengawal Revolusi Islam (Sepāh) secara rasmi berada dibawah staf am; serta pasukan polis kebangsaan Iran, iaitu Pasukan Penguatkuasa Undang-Undang.
Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 untuk meningkatkan kerjasama dan mengimbangi persaingan antara angkatan tentera dan secara langsung dibawah arahan Pemimpin Agung Iran, manakala Kementerian Pertahanan dan Logostik Angkatan Tentera, bertanggungjawab bagi perancangan, logistik dan pembiayaan angkatan tentera adalah sebahagian daripada badan eksekutif dibawah Presiden Iran.