Kor Pengawal Revolusi Islam

Tentera Pengawal Revolusi Islam
سپاه پاسداران انقلاب اسلامی (Parsi)
Aktif1979–kini
Negara Iran
KesetiaanPemimpin Agung Iran
Cawangan
Saiz~120,000
MarkasTehran
Moto"Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan."
(وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ)
[Quran 8:60] (Slogan heraldik)
Pertempuran
Lihat senarai
Komander
PanglimaMej. Jen. Hossein Salami
Pasukan QudsMej. Jen. Qasem Soleimani
Ketua Staf BersamaBrig. Jen. Mohammad Reza Naqdi
Angkatan DaratBrig. Jen. Mohammad Pakpour
Angkatan AeroangkasaBrig. Jen. Amir Ali Hajizadeh
Tentera LautKomodor Alireza Tangsiri
Pasukan KerahanBrig. Jen. Gholamreza Soleimani
Tanda kebesaran
Bendera
Tentera Pengawal Revolusi Islam
Pihak bersengketa dalam Perang Saudara Syria, Perang Terhadap Keganasan, Konflik proksi Iran–Israel, dan lain-lain
Aktif 1979–kini
Ideologi Khomeinisme
Anti-Imperialisme
Islamisme Syiah
Anti-Zionisme
Pemimpin Mej. Jen. Qasem Soleimani
Sekutu Negara sekutu

Negara bukan sekutu:

Opponents Negara lawan

Negara bukan lawan:

  • Blackwater
  •  Negara Islam di Iraq dan Levant
  • Al Qaeda
  • Barisan Al-Nusra
  • Tentera Syria Bebas
  • Mujahidin Rakyat Iran
  • Perhimpunan Kerajaan Beraja Iran
  • Parti Komunis Tudeh
  • Parti Pekerja Kurdistan
  • Parti Life Bebas Kurdistan
  • Pemberontak Nasional Ahvaz
  • ASMLA
  • Jundullah
  • Jaish ul-Adl
  • Fail:Harakat Ansar Iran.jpg Harakat Ansar Iran

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) (Parsi: سپاه پاسداران انقلاب اسلامی, rumi: Sepâh-e Pâsdârân-e Enghelâb-e Eslâmi, lit.'Tentera Pengawal Revolusi Islam' atau singkatan Sepâh) adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, ditubuhkan selepas Revolusi Iran pafa 22 April 1979 atas arahan Ayatollah Ruhollah Khomeini. Sewaktu Tentera Iran mempertahankan sempadan Iran dan mengekalkan ketenteraman dalam negeri, menurut Perlembagaan Iran, Pengawal Revolusi (pasdaran) diberi tugas melindungi sistem politik republik Islam negara. Pengawal Revolusi menyatakan bahawa peranan mereka dalam perlindungan sistem Islam ialah menghalang campur tangan asing serta rampasan kuasa oleh pihak tentera atau "pergerakan sesat".

Pengawal Revolusioner mempunyai kira-kira 125,000 askar termasuk pasukan darat, aeroangkasa dan laut. Angkatan lautnya kini menjadi ketumbukan utama yang ditugaskan dengan kawalan operasi terhadap Teluk Parsi. Ia juga mengawal militia separa tentera Basij yang mempunyai kira-kira 90,000 anggota aktif. Pasukan medianya adalah Sepah News.

Sejak dari asal-usulnya sebagai militia yang berasaskan ideologi, Tentera Pengawal Revolusi Islam telah mengambil peranan yang lebih besar dalam semua aspek kebudayaan Iran. Peranan sosial, politik, ketenteraan dan ekonomi diperluaskan dibawah pentadbiran Presiden Mahmoud Ahmadinejad —terutama semasa pilihan raya Presiden Iran 2009 dan tindakan menyekat bantahan pasca-pilihan raya—telah menyebabkan ramai penganalisis Barat berpendapat bahawa kuasa politiknya telah melampaui walaupun sistem ulama Syiah negara.

Panglima Tentera Pengawal sejak tahun 2019 ialah Hossein Salami yang menggantikan Mohammad Ali Jafari dan Yahya Rahim Safavi dari tahun 2007 dan 1997.

IRGC ditakrifkan sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan Bahrain, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.