Pemimpin Agung Iran
the Islamic Republic of Iran | |
|---|---|
| رهبر ایران | |
Emblem of Islamic Republic of Iran | |
| Bidang kuasa | Iran |
| Dilantik oleh | Majlis Pakar |
| Penjawat sulung | Ruhollah Khomeini |
| Dibentuk | 3 Disember 1979 |
| Tapak web | http://leader.ir/langs/en/ |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jawatan Pemimpin Agung (Bahasa Parsi:رهبر انقلاب, Rahbare Enghelab, bermaksud Pemimpin Revolusi, atau مقام رهبری, Maghame Rahbari, bermaksud Kuasa Memimpin, atau ولی فقیه, Valî-ye Faqîh, bermaksud Penjaga Undang-Undang) diperkenalkan didalam Perlembagaan Iran sebagai ketua tertinggi dalam kerajaan Iran dan juga ketua agama Iran. Panggilan Agung (Bahasa Parsi: رهبر معظم, Rahbare Moazzam), digunakan hanyalah untuk tujuan hormat tetapi ia tidak terkandung dalam Perlembagaan Iran.
Pemimpin Agung lebih berkuasa daripada presiden Iran, Ketua melantik ketua-ketua tertinggi - panglima angkatan bersenjata, pengarah radio kebangsaan dan rangkaian televisyen, ketua agama utama, imam masjid bandar raya, dan ahli majlis keselamatan negara membincangkan pertahanan dan hal-ehwal luar negeri. Pemimpin Agung juga melantik ketua hakim, ketua pendakwa, tribunal khas dan, dengan bantuan ketua hakim, 12 orang pakar undang-undang Penjaga Majlis – badan berkuasa yang memutuskan hal ehwal kewangan ,undang-undang dan calon yang bertanding bagi jawatan presiden atau parlimen.
Iran telah mempunyai dua Pemimpin Agung. Pemimpin Agung terkini ialah Imam Ali Khamenei.