Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Terengganu FC Stadium
LokasiGong Badak, Terengganu
Koordinat5°22′22″N 103°6′23″E / 5.37278°N 103.10639°E / 5.37278; 103.10639
Dibina2006
Dibuka2008
Diubahsuai2020
PemilikMajlis Sukan Negeri Terengganu
Kos pembinaanRM 270 juta
ArkitekRaja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Kapasiti50,000

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah stadium bola sepak yang terletak di Gong Badak, Terengganu, Malaysia. Ia adalah gelanggang rasmi bagi kelab bola sepak Terengganu F.C. I . Stadium yang boleh memuatkan 50,000 penonton, adalah yang terbesar di Pantai timur Semenanjung Malaysia. Stadium ini dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Malangnya pada 2 Jun 2009, bumbung utama stadium ini runtuh yang menyebabkan kerosakan yang agak teruk iaitu 50 peratus daripada strukturnya musnah Stadium ini direnovasi pada tahun 2020 dan kekal menjadi gelanggang rasmi bagi Terengganu F.C. sehingga sekarang.