Stadium Etihad

Stadium Etihad
ستاديوم إتحاد

Stadium Elit UEFA
Nama lamaStadium Bandar Raya Manchester
LokasiSportCity, Rowsley St., Manchester M11 3FF
Koordinat53°28′59″N 2°12′1″W / 53.48306°N 2.20028°W / 53.48306; -2.20028
Pecah tanahDisember 1999
Dibuka25 Julai 2002 (olahraga)
10 Ogos 2003 (bola sepak)
Diperbesarkan2002–2003
PemilikMajlis Bandar Raya Manchester
PengendaliManchester City F.C.
PermukaanDesso GrassMaster
Kos pembinaan£112 juta (stadium olahraga awal)
£22 juta (penukaran untuk bola sepak)
£20 juta (menambah restoran, bar dan lain-lain)
ArkitekArup Associates
Kontraktor utamaLaing Construction Ltd.
Watson Steel Ltd.
Kapasiti47,805 – Bola sepak tempatan (2011–)
47,726 – Bola sepak tempatan (2003–11)
45,500 – Bola sepak seliaan UEFA
60,000 – Konsert muzik
57,000 – Tinju
38,000 – Sukan Komanwel 2002
Dimensi padang105 dengan 68 meter (344 kaki x 223 kaki)
Penyewa
Manchester City F.C.

Tuan rumah bagi acara sukan utama
Sukan Komanwel 2002
Kejuaraan Wanita UEFA 2005
Piala Akhir UEFA 2008
Ricky Hatton vs. Juan Lazcano
(Perlawanan gelaran juara dunia IBO 2008)

Stadium Bandar Raya Manchester (ستاديوم بندر راي منچيستر, bahasa Inggeris: Manchester City Stadium) atau Stadium Etihad (bahasa Inggeris: Etihad Stadium hasil penajaan Etihad Airways) ialah sebuah stadium yang terletak di Manchester, England. Stadium ini juga dikenali sebagai "COMS" atau "Eastlands". Stadium ini telah direka oleh Arup dan dibina oleh John Laing. Ia pertama kali direka bentuk sebagai sebahagian daripada bidaan yang gagal Manchester untuk ke Sukan Olimpik Musim Panas 2000. Stadium ini telah dibina untuk Sukan Komanwel 2002 dengan kos berjumlah £110 juta. Selepas sukan tersebut, stadium ini telah ditukar kepada sebuah stadium bola sepak dan menjadi gelanggang kelab kepada pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bolasepak Bandar Raya Manchester (Manchester City F.C.) setelah menandatangani perjanjian pajakan selama 250 tahun pada tahun 2003.

Bentuk stadium ini adalah seperti mangkuk. Stadium ini mempunyai dua tingkat di semua laluan. Terdapat pula tingkat tiga di bahagian tempat duduk sisi tengah stadium. Sebagai permulaan musim 2010/2011, stadium ini adalah stadium kelima terbesar dalam Liga Perdana FA dan kedua belas terbesar di United Kingdom dengan 47,805 tempat duduk. Kapasiti tempat duduk itu dikurangkan kepada kepada 45,500 apabila terdapat perlawanan bola sepak UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) disebabkan oleh kehendak penaja UEFA. Kehadiran penonton bola sepak teramai di stadium ini telah direkodkan pada 5 Disember 2009 apabila 47,348 peminat datang menyaksikan perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea. Pada 14 Mei 2008, stadium ini telah menjadi stadium tuan rumah bagi Piala Akhir UEFA 2008.

Pada Mac 2010, pihak Manchester City telah menandatangani satu perjanjian dengan Majlis Bandar Raya Manchester untuk memberi kebenaran bagi membangunkan semula tanah di sekeliling stadium. Pembangunan tersebut termasuklah menambah bilangan tempat duduk kepada 60,000 di dalam stadium. Kerja-kerja pembangunan tersebut telah dimulakan pada September 2010. Kelab tersebut juga telah berbincang dengan pihak majlis bandaraya untuk membuat pajakan baharu bagi stadium itu untuk masa hadapan.