Firman Bansir
Firman Bansir
فرمان بنسير | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Kelahiran | 15 Julai 1989 Tawau, Sabah, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Rock,Pop, Balada |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2014 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Mohd Firman Bansir (Jawi: محمد فرمان بنسير; lahir 15 Julai 1989) atau lebih dikenali sebagai Firman Bansir merupakan seorang penyanyi yang lahir dari program hiburan realiti tanah air iaitu Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Beliau dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut. Firman gemar bereksperimental dengan genre muzik rock. Dalam masa yang sama, beliau masih mampu menyanyikan lagu-lagu berentak lain seperti pop dan balada.
Graduan jurusan diploma kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu ini pernah bekerja pelayan di kafe Starbucks serta menyanyi secara basking di jalanan sebelum menyertai program realiti Akademi Fantasia.
Lagu Di Pintumu hasil karya komposer hebat M Nasir berjaya melonjakkan namanya di persada seni hiburan Malaysia. Lagu ini turut berjaya bertapak di carta-carta radio popular tempatan. Bagi mengukuhkan kerjayanya dalam bidang seni, Firman turut mengembangkan kariernya dengan mencipta lagu hasil nukilannya sendiri.