Purana Bhagavata

Bhagavata Purana (Sanskrit: भागवतपुराण; IAST: Bhāgavata Purāṇa), juga dikenali sebagai Srimad Bhagavatam (Śrīmad Bhāgavatam), Srimad Bhagavata Mahapurana (Śrīmad Bhāgavata Mahāpurāṇa) atau ringkasnya Bhagavata (Bhāgavata), adalah salah satu daripada lapan belas Purana utama dalam agama Hindu. Purana ini dikelaskan sebagai sebuah Mahapurana dan merupakan yang paling popular dalam aliran Vaishnava. Ditulis dalam bahasa Sanskrit. Secara tradisi, Purana ini adalah sebuah karya oleh Veda Vyasa.

Bhagavata Purana bertujuan untuk menyanjung bhakti (pengabdian) kepada Vishnu-Narayaṇa-Kṛishna. Pada masa yang sama. teks ini juga menyelaraskan prinsip-prinsip asasnya dengan falsafah Advaita (monisme) Adi Shankara, Vishishtadvaita (monisme bersyarat) Ramanujacharya, dan Dvaita (dualisme) Madhvacharya serta fahaman Saivaisme. Teks ini terdapat secara meluas dalam hampir semua bahasa di India dan juga diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

Bhagavata merupakan karya Sanskrit dengan keindahan sastera yang luar biasa. Keanggunan dan kerumitan wujud dengan seimbang dalam karya ini. Keunggulan Bhagavata dalam setiap aspek menjadikanya tumpuan para cendekiawan selama berabad-abad yang menjadikannya ukuran bagi keilmuan mereka.