Sri Krishna Caitanya

Śrī Kṛṣṇa Caitanya (juga dieja sebagai Sri Krishna Caitanya) atau Śrī Caitanya Mahāprabhu (1486 –1533) merupakan seorang sadu (sadhu) Hindu kurun ke-16. Caitanya dianggap sebagai pelopor pergerakan Kṛṣṇa Bhakti (Krishna Bhakti) dan salah seorang tokoh utama Gaudiya Vaishnavisme

Caitanya merupakan tokoh utama mazhab Bhakti iaitu cinta untuk Tuhan berasaskan kepada falsafah Bhagavata Purana dan Bhagavad Gita, yang mengutarakan falsafah Vedanta yang dikenali sebagai Achintya Bhedā Bheda. Sri Krishna merupakan Dewa pilihan Caitanya dan dia telah memulakan nyanyian suci mantera Hare Krishna dan menghasilkan karya Sanskrit bernama Śikṣāṣṭakam atau Caitanyaśikṣāṣṭaka (Lapan Ayat Suci untuk Penuntut). Caitanya juga dipuja sebagai jelmaan Sri Krishna dan Srimati Radharani dalam satu jasad. Caitanya juga dikenali sebagai Gauranga (atau Gora) dan Nimāi.