Spy × Family

Spy × Family
GenreAksi, komedi, pengintipan
Manga
PengarangTatsuya Endo
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics+
Majalah AsalShōnen Jump+
Tarikh Pengeluaran25 Mac 2019 – kini
Jilid12
Siri televisyen anime
PengarahKazuhiro Furuhashi
Skrip/PenulisKazuhiro Furuhashi
Lagu/MuzikMakoto Miyazaki ([K]NoW_NAME)
Shuhei Mutsuki ([K]NoW_NAME)
StudioWit Studio
CloverWorks
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalTV Tokyo
Tarikh tayangan9 April 2022 – kini
Episod37

Spy × Family (digayakan sebagai SPY×FAMILY, disebut Spy Family, "Keluarga Perisik" dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah siri manga Jepun yang dikaryakan dan diilustrasikan oleh Tatsuya Endo. Manga ini mengisahkan seorang perisik yang perlu "membina keluarga" untuk melaksanakan misi, tanpa menyedari bahawa gadis yang diambilnya sebagai anak angkat serta wanita yang setuju berkahwin palsu dengannya masing-masing punya kuasa membaca minda dan membunuh licik. Ia telah disirikan setiap dua minggu pada aplikasi dan tapak web Shōnen Jump+ Shueisha sejak Mac 2019, dengan bab-bab itu dikumpulkan dalam sembilan jilid tankōbon setakat April 2022. Viz Media telah melesenkan siri ini untuk keluaran Bahasa Inggeris di Amerika Utara.

Sebuah adaptasi siri televisyen anime dihasilkan oleh Wit Studio dan CloverWorks mula ditayangkan di TV Tokyo pada April 2022. Sebuah filem cetera bertajuk Code: White diumumkan pada Disember tahun sama yang bakal ditayangkan hujung tahun 2023 sewaktu dengan musim kedua siri tersebut yang bakal ditayangkan lebih awal pada Oktober tahun sama.