Kacang soya

Kacang soya
Kacang kedelai
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Faboideae
Genus:
Glycine
Spesies:
G. max
Nama binomial
Glycine max
(L.) Merr.
Sinonim
  • Dolichos soja L.
  • Glycine angustifolia Miq.
  • Glycine gracilis Skvortsov
  • Glycine hispida (Moench) Maxim.
  • Glycine soja sensu auct.
  • Phaseolus max L.
  • Soja angustifolia Miq.
  • Soja hispida Moench
  • Soja japonica Savi
  • Soja max (L.) Piper
  • Soja soja H. Karst.
  • Soja viridis Savi

Kacang soya (Jawi: كاچڠ سويا) atau kacang kedelai (Jawi: كاچڠ کدلي‎ atau كاچڠ کدلاي‎, nama saintifik: Glycine max) ialah sejenis tumbuhan legum dari keluarga Fabaceae berasal dari Asia Timur.

Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan biji benih berupa kacang yang berprotein tinggi dan lengkap sebagai makanan baik untuk manusia ― kerana mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak berupayaan dihasilkan sendiri badan ― mahupun ternakan. Ia merupakan bahan asas dalam pembuatan pelbagai jenis ramuan seperti air susu, kicap, tauhu, tempe dan minyak.