Soto Bandung

Soto Bandung
Semangkuk soto Bandung yang siap dimakan.
JenisSoto, sup, makanan 
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauBandung, Jawa Barat
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaRempah soto, stok, daging lembu, lobak, kacang soya
sunting ยท sunting di Wikidata

Soto Bandung adalah makanan khas dari Bandung, Jawa Barat. Soto ini amat berbeza dengan soto lain kerana soto ini mengandungi sayur-sayuran seperti lobak, tomato dan kacang soya. Soto tanpa santan ini boleh dimakan dengan nasi dan keropok.

Soto Bandung biasanya dijual di pinggir jalan, seperti kaki lima dan penjaja, Kini banyak dijual di restoran dan pusat beli-belah. Tidak sukar untuk mencari makanan ini kerana sudah menjadi makanan biasa di Bandung. Soto Bandung sekarang telah tersebar di seluruh Jawa Barat khususnya, beberapa daerah lain seperti Jakarta, Banten, dan lainnya.