Kacang soya
| Kacang soya Kacang kedelai | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | Faboideae
|
| Genus: | Glycine
|
| Spesies: | G. max
|
| Nama binomial | |
| Glycine max (L.) Merr.
| |
| Sinonim | |
Kacang soya (Jawi: كاچڠ سويا) atau kacang kedelai (Jawi: كاچڠ کدلي atau كاچڠ کدلاي, nama saintifik: Glycine max) ialah sejenis tumbuhan legum dari keluarga Fabaceae berasal dari Asia Timur.
Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan biji benih berupa kacang yang berprotein tinggi dan lengkap sebagai makanan baik untuk manusia ― kerana mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak berupayaan dihasilkan sendiri badan ― mahupun ternakan. Ia merupakan bahan asas dalam pembuatan pelbagai jenis ramuan seperti air susu, kicap, tauhu, tempe dan minyak.