Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah | |
|---|---|
Sophia pada 2025 | |
| Kelahiran | 15 Julai 1993 |
| Nama lain | Sophie Koshka |
| Pendidikan | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan |
| Pusat pendidikan | Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Saudara | Aisha Retno (sepupu) |
Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993) juga dikenali sebagai Sophie Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan kredit lakonannya dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2020), Hadiah Dari Tuhan (2020–2021), Suamiku Lelaki Pendosa (2022), Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023), From Saga With Love (2023–2024) dan Lelaki Itu (2024). Sophia juga terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Pasal Kau! (2020), Ada Hantu (2021–22), Jerangkung Dalam Almari (2022), Saka Perawan (2024), Harimau Malaya: The Untold Journey (2024) dan Reeza GTR (2024).