Jerangkung Dalam Almari
| Jerangkung Dalam Almari | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh Wings | ||||
| Dilancarkan pada | 1991 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Rock, Hard Rock | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | Fly Wings, BMG | |||
| Penerbit | M. Nasir, Ali Bakar | |||
| Kronologi Wings | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Jerangkung Dalam Almari merupakan album studio keempat oleh Kumpulan Wings yang diterbitkan pada tahun 1991 dengan kemunculan pertama Jojet (bekas pemain dram kumpulan Teruna Sekampung dan pemain dram kumpulan Gersang) bersama kumpulan Wings setelah ketiadaan Black yang menarik diri pada 1990 selepas album ketiga mereka, Teori Domino.
Untuk pembikinan album ini, M. Nasir menjalankan tugas sebagai penerbit manakala Wings sebagai penolong penerbit dan Ali Bakar (pengurus Wings ketika itu) bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penyusunan lagu dalam album ini dibuat oleh Wings dan M. Nasir. Proses rakaman lagu dijalankan di Form Studio, Singapura dan dirakamkan oleh Akira Yamauchi, Terrance, Darren dan Tie Wai.