Aisha Retno
Aisha Retno | |
|---|---|
Aisha pada 2025 | |
| Kelahiran | Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam 1 Ogos 2000 |
| Nama lain | Aisha Seksi |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Ekonomi |
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Ibu | Jean Retno Aryani |
| Bapa | Sayed Sipulijam bin Sayed Alwee |
| Saudara | Sophia Albarakbah (sepupu) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, balada, R&B, soul |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Yuka Kharisma, Khodi, Sandra Dianne |
Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.