Soffi Jikan
Soffi Jikan | |
|---|---|
Soffi pada 2010. | |
| Kelahiran | Mohamad Shoffi bin Jikan 13 November 1970 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penulis, pengarah |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Terkenal kerana | Zul Kapan dalam Rock (2005) Kolenel Buyong dalam Kala Malam Bulan Mengambang (2008) Junna dalam Estet (2010) Ajib dalam KL Gangster (2011) Rokiman dalam Taubat Seorang Samseng (2012) |
| Pasangan | Izzaty Isma Ibrahim |
| Anak-anak | 3 |
| Hubungan | Shaiful Jikan (adik) |
Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis dan pengarah filem yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.