Diskografi Slam
Kumpulan Slam merupakan kumpulan rock yang cukup masyhur di Malaysia pada era 1990-an. Berjaya menjual album mencecah angka 2 juta unit secara keseluruhan, kumpulan yang dianggotai anak muda yang berasal dari Johor serta vokalisnya Zamani yang merupakan anak jati Keramat, Kuala Lumpur ini menjadi antara kumpulan muzik paling berpengaruh sepanjang zaman.