Siri Modenas Kriss
| Pengeluaran | 1996-sekarang |
|---|---|
| Pendahulu | tiada |
| Pengganti | Modenas Kristar Siri Modenas CT Modenas Ace 115 |
| Kelas | Kapcai |
| Enjin | 100-120cc SOHC 2 injap 4 lejang sejukan udara |
| Kuasa | 7.3 kW (9.9 PS) @ 8,500 rpm (model 120 cc) 6.6 kW (9.0 PS) @ 8,500 rpm (model 110 cc) 5.0 kW (6.8 PS) @ 7,500 rpm (model 100 cc) |
| Tork | 9.1 N·m (Error in convert: Unit name "ft-lb" is not known (help)) @ 4,500 rpm (model 120 cc) 9.3 N·m (Error in convert: Unit name "ft-lb" is not known (help)) @ 4,000 rpm (model 110 cc) 6.7 N·m (Error in convert: Unit name "ft-lb" is not known (help)) @ 5,500 rpm (model 100 cc) |
| Transmisi | 4 kelajuan |
| Suspensi | Hadapan: Fork teleskopik Belakang: Lengan ayun |
| Brek | Hadapan: Cakera (model 110 cc dan 120 cc); Gelendong (semua model) Belakang: Gelendong |
| Muatan bahan api | 4.3 l |
| Berkaitan | Modenas CT110 / CT100 |
Siri Modenas Kriss merupakan siri motosikal kapcai 4 lejang sulung oleh pengeluar motosikal nasional Malaysia, Modenas. Motosikal Kriss 110 asal dibangunkan melalui kerjasama dengan Kawasaki, yang turut memiliki sebahagian saham Modenas, berasaskan model kapcai Kawasaki Kazer 110. Kriss sebenarnya dinamakan sempena senjata tradisional Melayu, "keris", walaupun sesetengah kedai motosikal di United Kingdom telah tersilap mengiklankan model tersebut yang dikatakan dinamakan daripada kependekan nama seorang pelumba motosikal terkenal Amerika Syarikat, Kenny Roberts kerana Modenas pernah membina beberapa buah motosikal perlumbaan untuk pasukan Grand Prix Motosikal Modenas KR.
Ia telah dipratontonkan kepada orang awam semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 dan memulakan pengeluaran pada penghujung 1996. Sejak kemunculannya pada Disember 1996 bagi model asal 110 cc dengan brek gelendong, Modenas Kriss menjadi antara motosikal kapcai 4 lejang paling popular di Malaysia, mencapai kadar penguasaan kemuncak lebih 50% daripada pasaran motosikal kapcai 4 lejang di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001.
Siri Kriss telah melahirkan pelbagai varian, termasuklah model brek cakera hadapan pada tahun 1999, model 100 cc model pada tahun 2004, serta model 120 cc pada tahun 2007.