Siri Modenas CT

Siri Modenas CT
Juga dikenaliModenas Kriss 125i EFI (Greece)
Modenas 118EFI (model suntikan bahan api Malaysia)
Pengeluaran2009-sekarang
PendahuluModenas Kriss
Modenas Kristar
KelasKapcai
Enjin100-120cc SOHC 2 injap 4 lejang sejukan udara
1.0 kW BLDC (CTric)
Kuasa5.76 kW (7.83 PS) @ 8,000 rpm (model pancitan bahan api 120 cc)

6.6 kW (9.0 PS) @ 8,500 rpm (model 110 cc)
5.0 kW (6.8 PS) @ 7,500 rpm (model 100 cc)
3.6 kW (4.9 PS) @ 80 km/j; diratifikasikan sebagai 1.0 kW (CTric)
Tork8.4 N·m (6.2 lb·ft) @ 4,000 rpm (model pancitan bahan api 120 cc)
9.3 N·m (Error in convert: Unit name "ft-lb" is not known (help)) @ 4,000 rpm (model 110 cc)
6.7 N·m (Error in convert: Unit name "ft-lb" is not known (help)) @ 5,500 rpm (model 100 cc)
Transmisi4 kelajuan (model lain)
Satu kelajuan (CTric)
SuspensiHadapan: Fork teleskopik
Belakang: Lengan ayun
BrekHadapan: Cakera (model lain); Gelendong (model 100 cc)
Belakang: Gelendong
Muatan bahan api4.3 l (model suntikan bahan api)
5.3 l (varian lain)
BerkaitanModenas Kriss
Modenas GT128

Siri Modenas CT merupakan satu siri motosikal kapcai keluaran syarikat pengeluar motosikal Malaysia, Modenas. Modenas CT mula dilancarkan pada tahun 2009 sebagai pengganti sah kepada siri Modenas Kriss yang popular. Sebelum CT dibagunkan, terdapat juga satu model kapcai lain iaitu Modenas Kristar yang dikeluarkan pada tahun 2004 tetapi pengeluaran dihentikan dua tahun kemudian kerana kurang mendapat sambutan. Enjin-enjin 100 cc dan 110 cc yang dibawa daripada siri Kriss tidak berubah, tetapi dengan penambahan mekanisme penyahmampatan pada model 110 cc supaya ia mudah dihidupkan.

Pada tahun 2011, satu versi elektrik bagi CT yang dikenali sebagai Modenas CTric dilancarkan, menjadikan CTric sebagai motosikal elektrik penuh pertama dijual di Malaysia.

Pada tahun 2013, versi suntikan bahan api bagi dilancarkan di Greece sebagai Modenas Kriss 125i EFI. Model suntikan bahan api tersebut kemudiannya dilancarkan bagi pasaran domestik Malaysia sebagai Modenas 118EFI.