Siren

Dalam mitologi Yunani, Siren atau Seirenes (bahasa Yunani: Σειρῆνας) adalah makhluk legenda, termasuk kaum Naiad (salah satu kaum nimfa) yang hidup di lautan. Mereka tinggal di sebuah pulau yang bernama Sirenum Scopuli atau menurut beberapa tradisi berbeza, mereka tinggal di Tanjung Pelorum, pulau Anthemusa, pulau Sirenusian dekat Paestum, atau di Capreae, yang semuanya adalah tempat-tempat dikelilingi batu karang dan tebing. Mereka menyanyikan lagu-lagu memikat hati yang membuat para pelayar yang mendengarnya terbuai sehingga kapal mereka nahas terlanggar karang dan tenggelam.

Konon-kononnya mereka adalah puteri-puteri Achelous (oleh Terpischore, Melpomene, atau Sterope) atau Porchys. Menurut sumber-sumber seperti karya “Homer”, jumlah mereka antara dua atau lima. Beberapa sumber dikumpulkan sehingga jumlah mereka menjadi sembilan. Nama-nama mereka adalah:

  • Aglaophonos atau Aglaope
  • Leucosia
  • Ligeia
  • Molpe
  • Parthenope
  • Pisinoe atau Peisinoë
  • Raidne
  • Teles
  • Thelxiepia atau Thelxiope atau Thelxinoe

Menurut beberapa versi, mereka adalah teman bermain Persephone semasa kecil.

Dalam beberapa bahasa (seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Poland, dan Portugis), kata yang digunakan untuk merujuk kepada duyung adalah “Siren”, “Sirena”, “Syrena”, atau “Sereia” yang membingungkan penterjemahan antara makhluk manusia-ikan “duyung” ataupun “Siren”, makhluk yang dibincankan ini. Dalam bahasa Inggeris, “Siren” tidak bererti “duyung”.