Singa Eropah

Singa Eropah
Arca singa, abad ke-4 SM, Koropi, Greece
Lukisan singa dari Pleistosen di Gua Chauvet, Perancis
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
P. leo / spelaea
Nama binomial
Panthera leo / spelaea
Taburan maksimum singa. Merah: singa gua Eurasia, Hijau: singa moden

Singa Eropah dianggap oleh ilmuwan sebagai sebuah populasi bagi singa Asia yang ekstan (Panthera leo leo), yang pernah hidup di Eropah sejak awal Holosen, di tempat-tempat seperti Yunani purba. Tiada kajian genetik untuk memastikan sama ada ia subspesies berasingan dengan singa Asia, jika ya maka trinomennya menjadi Panthera leo europaea. Pada zaman Pleistosen, benua Eropah pernah diduduki oleh singa gua. Antara makanannya ialah aurochs (lembu liar), rusa merah, tarpan, babi hutan, dan herbivor-herbivor yang lain.