Singa Afrika Barat

Singa Afrika Barat
Jantan di Taman Negara Pendjari, Benin
Betina di Taman Negara Mefou, Cameroon
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
Subspesies:
P. l. leo
Nama trinomial
Panthera leo leo
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

dahulunya:

  • P. l. gambianus (Gray, 1843),
  • P. l. kamptzi (Matschie, 1900)
  • P. l. senegalensis (Meyer, 1829)

Singa Afrika Barat (Panthera leo leo) merupakan populasi singa di Afrika Barat yang kini digolongkan sebagai spesies terancam genting dalam Senarai Merah IUCN. Populasi ini terpencil dan terdiri daripada tidak lebih 250 ekor yang matang. Setakat tahun 2004 sahaja, populasi singa di Afrika Barat dan Tengah berpecah-belah dan dianggarkan terdiri daripada sebanyak 1,800 individu.

Pada abad ke-20, ia juga dikenali sebagai singa Senegal. Dahulu ia dikira sebagai subspesies singa di bawah nama P. leo senegalensis. Pada 2017, populasi singa Afrika Utara, Barat, Tengah dan Asia tergolong di bawah P. l. leo.