SimCity

SimCity
PembangunMaxis
Nintendo EAD (Versi SNES)
Mobil: Babaroga
PenerbitBrøderbund, Maxis, Nintendo, Electronic Arts dan Superior Software/Acornsoft
Pereka bentukWill Wright (siri SimCity)
SiriSimCity
PelantarAcorn Archimedes, Acorn Electron, Amiga, Amiga CDTV, Amstrad CPC, Atari ST, BBC Micro, C64, DESQview, DOS, EPOC32, FM Towns, iPod Touch, iPhone, PC-98, GBA, OLPC XO-1, OS/2, Linux, Mac OS, Telefon bimbit (Symbian atau Java), NeWS, SNES, Tk, Unix, Windows, X11 TCL, Sinclair ZX Spectrum, Virtual Console
Dilancarkan pada1989
GenreSimulasi, Permainan pembinaan bandar
ModPermainan video bergandapemain tunggal
Anugerah
–  Origins Award for Best Military or Strategy Computer Game (en) (1989)
Pautan luar
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

SimCity ialah satu permainan penyelakuan pembinaan bandar baharu yang mula dikeluarkan pada 1989 dan direka oleh Will Wright. SimCity ialah francais keluaran perdana Maxis, yang telah diterbitkan kepada pelbagai komputer peribadi dan platform permainan video, dan melahirkan beberapa susulan termasuk SimCity 2000 pada 1993, SimCity 3000 pada 1999, SimCity 4 pada 2003, SimCity DS, dan SimCity Societies pada 2007. Nama asal SimCity kemudiannya telah dinamakan semula kepada SimCity Classic. Siri SimCity ialah salah satu daripada senarai permainan komputer paling laku yang dibangunkan oleh Maxis.

SimCity melahirkan sebuah siri permainan Sim. Sejak pengeluaran SimCity, permainan simulasi yang lebih kurang sama telah dikeluarkan yang menumpukan aspek kenyataan (realiti) yang berlainan seperti simulasi urus niaga dalam kapitalisme.

Pada 10 Januari, 2008 kod sumber SimCity dikeluarkan di bawah lesen perisian bebas GPL 3 di bawah nama Micropolis.