Sidang Injil Borneo

Sidang Injil Borneo (Melayu)
Borneo Evangelical Church (Inggeris)
Gorija Pitimungan Baibol do Borneo (Boros Dusun)
婆羅洲福教會 (Cina)
Gerija Sidang Injil Borneo (Jaku Iban)
Klasifikasi utamaProtestan
OrientasiEvangelikal, Karismatik
Bentuk
pemerintahan
Struktur kongregasional, bersifat evangelikal serta berorientasikan misi
PersatuanPersahabatan Kristian Evangelikal Negara, Persekutuan Kristian Malaysia
WilayahMalaysia, Brunei, Singapura
PendiriTiga mubaligh Australia iaitu Hudson Southwell (Baptist), Frank Davidson (Anglikan) dan Carey Tolley (Brethren)
Didirikan1928 (Australia) dan 1959 (Borneo)
JemaatSIB Sarawak, SIB Sabah, SIB Semenanjung
Umat500,000 (Diperkirakan)
Paparan amaran: Page using Templat:Infobox Christian denomination with unknown parameter "Seminari"
Paparan amaran: Page using Templat:Infobox Christian denomination with unknown parameter "founded_Place"
Paparan amaran: Page using Templat:Infobox Christian denomination with unknown parameter "parent"

Sidang Injil Borneo (SIB) adalah sebuah denominasi Protestan evangelikal. SIB bersifat Evangelikal dan Karismatik, menekankan autoriti Alkitab, kelahiran semula (born again), serta kuasa Roh Kudus seperti penyembuhan dan bercakap dalam bahasa roh. ia adalah salah satu denominasi Kristian Protestan terbesar di Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ia diasaskan pada tahun 1928 oleh Misi Evangelikal Borneo (BEM) untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat peribumi Borneo.Ia mengamalkan politi Kongregasional, di mana setiap gereja tempatan mempunyai autonomi tetapi masih bernaung di bawah kepimpinan Majlis Am SIB.

Hari ini, SIB terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam komuniti Kristian Malaysia Timur, dengan fokus kepada penginjilan, pendidikan, dan pembangunan sosial. (GKII)

Aliran ini mempunyai lebih daripada 500,000 ahli, dan merupakan denominasi Protestan yang terbesar di Malaysia yang berkembang daripada kehadiran kecil pekerjaan penginjilan di kalangan suku kaum Lun Bawang yang mendiami kawasan Tanah Tinggi Kelabit serta daerah Sipitang dan juga orang Iban serta Bisaya di Limbang serta orang Dusun di Kota Belud dan Ranau yang mempunyai jumlah kongregasi yang besar di kawasan Malaysia Timur dan Malaysia Barat pada hari ini.