Protestanisme di Malaysia
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Kristian di Malaysia |
|---|
|
Di Malaysia, Kristian Protestan adalah salah satu cabang utama agama Kristian, bersama dengan Katolik. Hampir 40% dari kristian di Malaysia adalah Protestant, dominasi kristian kedua terbesar selepas Katolik
Ia terdiri daripada pelbagai denominasi dan mempunyai kehadiran yang signifikan, terutama di Sabah dan Sarawak, di mana peratusan penduduk Kristian lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.Sabah dan Sarawak mempunyai komuniti Protestan yang besar, terutamanya dalam kalangan masyarakat peribumi seperti Kadazan-Dusun, Murut, Iban, Lun Bawang dan Bidayuh. Di Semenanjung Malaysia, Protestan lebih ketara dalam kalangan masyarakat Cina dan sebilangan kecil India (Majorit Kaum India adalah Katolik) serta orang asli.