Shuriken Sentai Ninninger
| Shuriken Senta Ninninger | |
|---|---|
| Genre | Tokusatsu Fiksyen superhero Aksi Komedi |
| Pencipta |
|
Dibangunkan oleh | Kento Shimoyama |
| Pengarah | Shōjirō Nakazawa |
Dibintangi oleh |
|
Pencerita suara latar | Tsutomu Tareki |
| Lagu pembukaan | "Saa Ike! Ninninger!" Dinyanyikan oleh Yohei Onishi |
| Lagu penutup | "Nan ja Mon ja! Ninja Matsuri!" Dinyanyikan oleh Daiki Ise |
| Penggubah | Kousuke Yamashita |
| Negara asal | Jepun |
| Bahasa | Jepun |
| Bilangan episod | 47 |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 24–25 minit |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV Asahi |
| Siaran asal | 22 Februari 2015 – 7 Februari 2016 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Ressha Sentai ToQger |
| Diikuti oleh | Doubutsu Sentai Zyuohger |
| Pautan luar | |
| Official website (TV Asahi) | |
| Tapak sesawang penerbitan | |
Shuriken Sentai Ninninger (手裏剣戦隊ニンニンジャー, Shuriken Sentai Ninninjā)(Bahasa Malaysia : Pasukan Shuriken Ninninger) adalah siri tokusatsu dari Jepun. Ninninger adalah siri Super Sentai ke-39 dari siri Super Sentai, dan juga siri Super Sentai ketiga yang bertemakan Ninja, menandakan 13 tahun sejak Ninpuu Sentai Hurricaneger pada tahun 2002 dan 21 tahun sejak Ninja Sentai Kakuranger pada tahun 1994 menggunakan motif ninja. Ninninger merayakan ulang tahun ke-40 siri Super Sentai sejak tayangan perdana Himitsu Sentai Goranger.
Siri ini dihasilkan oleh TV Asahi dan Toei. Episod pertama bermula pada 22 Februari 2015 dan tamat pada episod 47 pada 7 Februari 2016, selepas episod terakhir Ressha Sentai ToQger ditayangkan. Siaran di Super Hero Time dengan edisi francais siri Kamen Rider di era Heisei Kamen Rider Drive, sehingga tayangan perdana Kamen Rider Ghost. Ahli Ninninger juga muncul dalam filem Ressha Sentai ToQger vs. Kyoryuger: The Movie sebagai kameo. Selain daripada siri TV, Shuriken Sentai Ninninger juga telah diangkat tiga kali menjadi filem: Super Hero Taisen GP: Kamen Rider 3 (dikeluarkan pada 21 Mac 2015), Shuriken Sentai Ninninger the Movie: The Dinosaur Lord's Splendid Ninja Scroll! (dikeluarkan pada 8 Ogos 2015 perdana) dan Ninninger vs. ToQger: Ninja in Dream Land (dikeluarkan pada 23 Januari 2016).