Naruhito

Naruhito
徳仁
Naruhito pada Jun 2023
Maharaja Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 – kini
Didahului olehAkihito
Pewaris takhtaFumihito
Perdana MenteriShinzo Abe
Yoshihide Suga
Fumio Kishida
Shigeru Ishiba
KeputeraanNaruhito (徳仁)
(1960-02-23) 23 Februari 1960
Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja, Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun
PasanganMaharani Masako (k. 1993)
AnakandaPuteri Aiko dari Toshi
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaAkihito
BondaMichiko
AgamaShinto

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito (徳仁, diputerakan 23 Februari 1960) ialah Maharaja Jepun yang sedang bertakhta. Baginda naik Takhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Atimaharaja Akihito, pada 30 April 2019, sekaligus bermulanya Zaman Reiwa.

Menurut perturunan takhta Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua masih memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepas Perang Dunia Kedua.