Shawnee
Nabi Shawnee, Tenskwatawa (1775–1836), s. 1820, potret oleh Charles Bird King | |
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| 7,584 berdaftar | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Amerika Syarikat (Oklahoma), dahulu Ohio, Pennsylvania, Indiana, dan negeri sekeliling | |
| Bahasa | |
| Shawnee, Inggeris | |
| Agama | |
| Agama Orang Asli | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Miami, Menominee, Cheyenne |
Shawnee (/ʃɔːˈni/; Jawi: شوني) ialah sebuah suku orang Asli Amerika dari Northeastern Woodlands. Bahasa mereka, Shawnee, merupakan salah satu bahasa Algonqui.
Tanah air mereka sebelum kedatangan Columbus kemungkinan berpusat di selatan Ohio. Pada abad ke-17, mereka tersebar ke seluruh Ohio, Illinois, Maryland, Delaware, dan Pennsylvania. Pada awal abad ke-18, mereka kebanyakannya tertumpu di timur Pennsylvania tetapi tersebar lagi pada akhir abad yang sama ke seluruh Pennsylvania, Virginia Barat, Kentucky, Ohio, Indiana, dan Illinois, dengan sekumpulan kecil menyertai orang Muscogee di Alabama. Pada abad ke-19, kerajaan persekutuan A.S. memindahkan mereka secara paksa di bawah Akta Pemindahan Indian 1830 ke kawasan barat Sungai Mississippi; tanah ini akhirnya menjadi negeri Missouri, Kansas, dan Texas. Akhirnya, mereka dipindahkan ke Wilayah Indian, yang menjadi negeri Oklahoma pada awal abad ke-20.
Hari ini, orang Shawnee didaftarkan dalam tiga suku yang diiktiraf persekutuan A.S., Suku Absentee-Shawnee dari Indian Oklahoma, Suku Shawnee Timur Oklahoma, dan Suku Shawnee, semuanya beribu pejabat di Oklahoma.