Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah | |
|---|---|
شريفه سكينه | |
Sakinah di studio MeleTOP pada Oktober 2015 | |
| Kelahiran | Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar 28 Mei 1989 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | Anais Adha Alif Adha (anak perempuan) |
| Saudara |
|
Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar (lahir 28 Mei 1989; Jawi: شريفه سكينه) ialah pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem. Sakinah mendapat perhatian menerusi sitkom Hotel Mania (2010). Sejak itu, beliau membintangi siri komedi seperti Bimbi & Bonnie (2013) dan Yem Rempit (2014), yang mana beliau memenangi Anugerah Lawak Warna 2014 bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular.
Sakinah juga telah membintangi beberapa filem, termasuk Ular (2013), Kimchi Untuk Awak (2017) dan Rise: Ini Kalilah (2018). Beliau juga telah membintangi sejumlah siri drama TV, termasuk Dendam Sarakit (2012), Benci Vs Cinta (2013), Suamiku Mat Piun (2018) dan Voice Note (2019). Beliau ialah adik kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.