Kerajaan Negeri Sembilan
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Februari 1948 |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
| Ibu pejabat | Wisma Negeri 70503 Seremban |
| Belanjawan tahunan | RM 457 juta (2020) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kerajaan Malaysia |
Laman sesawang | Kerajaan Negeri Sembilan |
Kerajaan Negeri Sembilan merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, undang-undang tertinggi di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan berpusat di pusat pentadbiran negeri, Seremban.
Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Sembilan adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Negeri Sembilan ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem persekutuan yang beroperasi seragam di seluruh negara.