Setasea

Setasea
Julat zaman: Eosen Awal – kini
ikut jam dari atas: paus sperma (Physeter macrocephalus), lelumba sungai Amazon (Inia geoffrensis), paus paruh Blainville (Mesoplodon densirostris), paus sikat selatan (Eubalaena australis), narwal (Monodon monoceros), paus kelasa (Megaptera novaeangliae), paus buding (Orcinus orca), paus kelabu (Eschrichtius robustus) dan gondal pelabuhan (Phocoena phocoena).
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Klad: Cetaceamorpha
Infraorder: Cetacea
Brisson, 1762
Subkumpulan
  • †Pakicetidae
  • †Ambulocetidae
  • †Remingtonocetidae
  • †Protocetidae (parapfiletik)
  • Pelagiceti Uhen, 2008
    • †Basilosauridae (parapfiletik)
    • Neoceti Fordyce & de Muizon, 2001
      • Mysticeti
      • Odontoceti

(Lihat teks untuk keluarga)

Diversiti
Sekitar 94 spesies

Setasea ialah sekumpulan mamalia laut dalam order Cetacea yang merangkumi paus, lumba-lumba dan gondal. Cetus ialah perkataan Latin dan digunakan untuk nama biologi bagi maksud "paus"; maksud asalnya, "haiwan laut yang besar" adalah lebih umum. Perkataan ini berasal daripada Yunani ketos ("raksasa laut"). Setologi pula ialah cabang sains laut yang mengkaji setasea.

Setasea merupakan mamalia yang paling disesuaikan untuk kehidupan di dalam air. Badannya fusiform (berbentuk spindel). Anggota hadapannya terubah suai menjadi kaki sirip, sedangkan anggota belakangnya yang amat kecil adalah saki yang tidak bersendi dengan tulang belakang dan disembunyikan di dalam badan. Ekornya mempunyai fluk yang melintang. Setasea adalah mamalia yang hampir tidak berbulu, dan badannya ditebat dengan satu lapisan lemak yang tebal.

Order Cetacea mengandungi lebih lapan puluh spesies yang dibahagikan kepada dua suborder:

  • Mysticeti (paus balin); dan
  • Odontoceti (paus bergigi, yang termasuk lumba-lumba).