Gondal

Gondal
Julat zaman: Miosen hingga kini
Gondal pelabuhan (Phocoena phocoena)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Superkeluarga: Delphinoidea
Keluarga: Phocoenidae
Gray, 1825
Genus jenis
Phocoena
Cuvier, 1816
Genus

Lihat teks

Gondal atau porpois ialah sekumpulan mamalia laut sepenuhnya akuatik, yang semua dikelaskan dalam keluarga Phocoenidae, parorder Odontoceti (paus bergigi). Sungguhpun tampilannya mirip lumba-lumba, ia lebih dekat dengan narwal dan beluga berbanding lumba-lumba sebenar. Terdapat empat spesies gondal yang ada, semuanya di kalangan paus bergigi terkecil. Perbezaan utama rupanya ialah muncung binatang ini lebih pendek daripada lumba-lumba serta memiliki gigi yang leper.