Lumba-lumba

Lumba-lumba
Dolfin
Julat zaman: Awal Miosen - Kini
Seekor lelumba hidung botol
berenang memecah ombak laut
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Odontoceti
Keluarga:
Delphinidae dan Platanistoidea

Gray, 1821
Genus

Lihat teks.

Lumba-lumba (Jawi: لومبا٢), lelumba (Jawi: للومبا) atau dolfin (Jawi: دولفين) ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus; ia tergolong dalam keluarga Delphinidae yang merupakan keluarga Cetacea terbesar dan agak baru muncul sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir tiga puluh tujuh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga tersebut.

Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia; ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik; ia menunjukkan kebolehan mengajar, belajar, bekerjasama, merancang, dan bersedih.