Serigala tundra
| Serigala tundra | |
|---|---|
| Pameran taksidermi di Muzium Zoologi, St. Petersburg | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | |
| Subspesies: | C. l. albus
|
| Nama trinomial | |
| Canis lupus albus Kerr, 1792
| |
| Fail:Present distribution of wolf subspecies tund.JPG | |
| Wilayah serigala tundra | |
| Sinonim | |
| |
Serigala tundra (Canis lupus albus), juga dikenali sebagai serigala Turukhan, ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di zon-zon tundra dan hutan-tundra Eurasia dari Finland ke Semenanjung Kamchatka. Ia pertama kali diperihalkan pada 1792 oleh Robert Kerr, yang memerihalkannya hidup di sekitar Yenisei, dan mempunyai pelt bernilai tinggi.
Ia merupakan subspesies besar, dengan jantan dewasa berukuran panjang badan sebanyak 118–137 cm (46–54 in), dan betina 112–136 cm (44–54 in). Sungguhpun kerap dikarang lebih besar daripada C. l. lupus, ini adalah tidak benar, kerana anggota lebih berat daripada subspesies C. l. lupus telah dicatatkan. Berat purata ialah 40–49 kg (88–108 lb) untuk jantan dan 36.6–41 kg (81–90 lb) untuk betina. Berat tertinggi tercatat antara 500 ekor serigala yang ditangkap di Semenanjing Taymyr dan Semenanjung Kanin semasa 1951-1961 merupakan daripada seekor jantan tua terbunuh di Taymyr di utara Sungai Dudypta berberat pada 52 kg (115 lb). Bulunya sangat panjang, padat, gebu dan lembut, dan biasanya berwarna cerah dan kelabu. Bulu bawah berwarna plumbum-kelabu dan bulu atas berwarna kemerah-merahan-kelabu.