Seratus Hari

Seratus Hari
Sebahagian daripada Perang Napoleon

The Battle of Waterloo, oleh William Sadler II
Tarikh10 Mac sehingga 8 Julai, 1815
Lokasi
Perancis, Belgium (kini), Itali (kini)
Keputusan Kemenangan Campuran, Perjanjian Paris, menamatkan Perang Napoleon
Pihak yang terlibat

Campuran Ketujuh:

 Empayar Austria
 Empayar Rusia
 Prusia
United Kingdom
Hanover
Nassau
Brunswick
 Sweden
Kesatuan Netherlands
Sepanyol
Portugal
Sardinia
Sicily
Tuscany
Setiaraja Perancis
Empayar Perancis
Naples
Komandan dan pemimpin
Duke dari Wellington
Gebhard von Blücher
Frederick Bianchi
Napoleon I dari Perancis
Marquis de Grouchy
Joachim Murat
Kekuatan
800,000 – 1,000,000 280,000
Kerugian dan korban
45,825+ terbunuh, cedera, atau ditawan 68,000+ terbunuh, cedera, ditawan, atau hilang

Templat:Campaignbox Waterloo

Templat:Campaignbox Neapolitan War

Seratus Hari, kadang kala dikenali sebagai Seratus Hari bagi Napoleon atau Seratus Hari Napoleon menandakan satu tempoh di antara kepulangan Maharaja Napoleon I dari Perancis dari buangan di Elba ke Paris pada 20 Mac, 1815 dan pengembalian semula Raja Louis XVIII buat kali kedua pada 8 Julai, 1815 (tempoh selama 111 hari). Tempoh ini berlakunya Perang Campuran Ketujuh, dan termasuk Kempen Waterloo dan Perang Neapolit. Frasa les Cent Jours telah pertama kali digunakan oleh pengawas dari Paris, Gaspard, comte de Chabrol, dalam ucapan selamat datang kepada Raja.

Napoleon pulang sewaktu Kongres Vienna sedang bersidang. Pada 13 Mac, tujuh hari sebelum Napoleon tiba di Paris, kuasa-kuasa di Kongres Vienna mengistiharkan beliau seorang penjenayah; empat hari kemudian United Kingdom, Rusia, Austria dan Prusia, ahli-ahli dalam Campuran Ketujuh, berjanji akan menyumbangkan 150,000 tentera dari setiap negara ke medan perang bagi menamatkan pemerintahan beliau. Kejadian ini menjadi pentas untuk konflik terakhir dalam Perang Napoleon, iaitu kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, pengembalian semula keberajaan Perancis untuk kali kedua dan pembuangan kekal Napoleon ke pulau yang jauh di Saint Helena, di mana beliau meninggal dunia pada bulan Mei 1821.