Perang 1812

Perang 1812
Sebahagian daripada Peperangan era Napoleon

Pertempuran Queenston Heights.
Tarikh18 Jun, 1812 – 23 Mac, 1815
Lokasi
Timur dan Tengah Amerika Utara, Pantai Teluk, Lautan Atlantik dan Pasifik
Keputusan Perjanjian Ghent
Status quo ante bellum
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat Empayar Britain:
United Kingdom Great Britain dan Ireland
Kanada British
Komandan dan pemimpin
James Madison
Henry Dearborn
Jacob Brown
Winfield Scott
Andrew Jackson
Lord Liverpool
George Prevost
Isaac Brock 
Roger Sheaffe
Gordon Drummond
Tecumseh 
Kekuatan
Amerika Syarikat
Tentera tetap:
—   7,000 (pada awal perang);
— 35,800 (semasa perang tamat)
Rangers: 3,049
Militia: 458,463 *
Tentera Laut Amerika Syarikat &
•Marin Amerika Syarikat
(pada mula perang):
— Frigat: 6
— Kapal-kapal lain: 14


Sekutu orang asli: 125 Choctaw, (lain-lain tidak diketahui)
Empayar Britain
Tentera Darat Britain:
—   5,200 (pada mula perang);
— 48,160 (pada perang tamat)
Provincial Regulars: 10,000
Provincial Militia: 4,000
Tentera Laut Diraja &
Marin Diraja:
— Ship of the Line: 11
Frigat: 34
— Kapal-kapal lain: 52
Provincial Marine‡:
— (tidak diketahui)
Sekutu orang asli: 10,000
Kerugian dan korban
  2,260 terbunuh semasa perang.
  4,505 cedera.
Kira-kira 17,000 mati akibat penyakit (anggaran).
1,600 terbunuh dalam perang.
3,679 cedera.
3,321 mati akibat penyakit.
  • Sangat sedikit anggota militia yang meninggalkan rumah mereka untuk berperang semasa kempen peperangan.
      Terbunuh dalam perang
    ‡Penduduk tempatan mewujudkan perlindungan pantai dan pasukan semi-tentera laut di tasik-tasik besar.

Perang 1812 merupakan satu peperangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat dengan Empayar Britain (terutamanya Great Britain dan Amerika British). Ia bermula pada tahun 1812 sehingga 1815.

Terdapat beberapa penyebab segera yang membuatkan Amerika Syarikat mengistiharkan perang: pertama, beberapa siri halangan perdagangan yang diperkenalkan oleh Britain bagi menghalang perdagangan Amerika dengan Perancis, sebuah negara yang sedang berperang dengan Britain pada masa itu (A.S. mencabar halangan-halangan ini sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa); kedua, pengambilan paksa ke atas penduduk Amerika Syarikat ke dalam untuk berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja; ketiga, sokongan ketenteraan Britain kepada Indian Amerika yang melakukan penentangan bersenjata terhadap perluasan perbatasan Amerika ke barat daya. Alasan-alasan ini menjadikan motivasi utama bagi penduduk Amerika yang perlu memegang teguh maruah negara dalam menentang apa yang dianggap oleh mereka sebagai penghinaan dari Britain (seperti hubungan Chesapeake).