Perdemangan Brunswick-Lüneburg

Perdemangan Brunswick dan Lüneburg
Herzogtum Braunschweig-Lüneburg
1235–1806
Jata
Brunswick-Lüneburg sebagai sebahagian daripada Empayar Rom Suci, c. 1648
StatusPerdemangan
Ibu negaraBraunschweig
Lüneburg
Bahasa yang umum digunakanJerman Hilir Barat
KerajaanPerdemangan
Era SejarahZaman Pertengahan
• Henry si Singa dikalahkan; Saxony dibahagikan
1180

1181
• Allod dinaikkan menjadi Perdemangan Brunswick dan Lüneburg
1235
• Dipecahkan kepada Lüneburg dan Brunswick
1269
• Grubenhagen diasaskan
1291
• Göttingen diasaskan
1345
• Brunswick terpecah kepada Wolfenbüttel dan Calenberg
1432
• Penamat Empayar Suci Rom
1806
Mata wangGoldgulden, thaler, pfennig
Didahului oleh
Diganti oleh
Perdemangan Saxony
Elektorat Hanover
Perdemangan Brunswick
Sekarang sebahagian dariJerman

Perdemangan Brunswick-Lüneburg (Jerman: Herzogtum Braunschweig und Lüneburg), atau lebih tepat Perdemangan Brunswick dan Lüneburg, dululah sebuah perdemangan yang pernah wujud pada Zaman Pertengahan Akhir hingga era Moden Akhir di dalam Empayar Rom Suci, sehingga ia dibubarkan. Perdemangan ini terletak di barat laut Jerman moden. Namanya berasal daripada dua buah bandar terbesar di dalam wilayah ini: Brunswick dan Lüneburg.

Kerajaan ini muncul pada tahun 1235 daripada tanah-tanah allodial milik Kerabat Welf di Saxony dan dianugerahkan sebagai sebuah fief imperial kepada Otto the Child, cucu lelaki kepada Henry si Singa. Perdemangan ini dibahagikan beberapa kali pada Zaman Pertengahan di antara pelbagai jurai Kerabat Welf, akan tetapi setiap pemerintah dikenali sebagai "Demang Brunswick-Lüneburg" selain gelaran peribadi mereka sendiri. Menjelang tahun 1692, wilayah-wilayah ini disatukan kepada dua: Elektorat Brunswick-Lüneburg (biasanya dikenali dengan Elektorat Hanover) dan Prinsipaliti Brunswick-Wolfenbüttel.

Pada tahun 1714, cabang Hanover dalam keluarga ini menggantikan takhta Great Britain, yang mana mereka memerintah sebagai kesatuan peribadi dengan Hanover sehingga tahun 1837. Atas sebab ini, banyak kota dan wilayah di dalam bekas jajahan Britain telah dinamakan bersempena dengan Brunswick atau Lüneburg. Kerabat Hanover tidak pernah memerintah Brunswick ketika mereka memegang takhta Britain, di sebabkan kerana bandar ini merupakan sebahagian daripada Brunswick-Wolfenbüttel yang berjiran. Selepas Kongres Vienna pada tahun 1814/15, wilayah Brunswick-Lüneburg menjadi Kerajaan beraja Hanover dan Perdemangan Brunswick.