Sepsis

Sepsis ialah suatu keadaan yang mengancam nyawa bilamana tindak balas badan manusia terhadap suatu jangkitan itu menyebabkan kerosakan kepada tisu dan organ dalam sistem itu sendiri. Tanda serta simptom yang biasa termasuk demam, kadar degupan jantung dan pernafasan yang tinggi, serta kekacauan mental. Simptom-simptom yang berkait dengan suatu penyakit, misalnya batuk yang membawa kepada pneumonia atau disuria (dysuria, rasa sakit ketika membuang air kecil) dengan jangkitan buah pinggang barangkalinya juga memberi petunjuk mengenai keadaan ini. Gejala-gejala yang dijangkakan barangkalinya tiada pada individu yang begitu tua, muda atau mereka yang mengalami sistem imun yang lemah, yang mana suhu badan yang diukur sama ada rendah ataupun pada tahap yang normal.