Hipotermia

Hipotermia
PengkhususanPerubatan rawatan rapi
Gejala
  • Ringan: Menggigil, kekeliruan
  • Sederhana: Tiadda gigil, kekeliruan meningkat
  • Teruk: Pembukaan pakaian paradoks, serangan jantung
TempohSehingga suhu badan kembali ke tahap hampir normal
Jenis
  • Primer: akibat suhu rendah persekitaran
  • Sekunder: akibat patologi dalaman yang menghalang badan daripada memanaskan diri dengan cukup
PuncaLazimnya pendedahan terhadap cuaca sejuk rendaman air sejuk
Kemabukan alkohol, gelandangan, kadar gula rendah, anoreksia, usia lanjut
Berdasarkan simptom atau suhu badan kurang 35.0 °C (95.0 °F)
PencegahanMemakai pakaian sesuai dan pemanasan diri
Rawatan
  • Ringan: Air suam, pakaian sesuai, aktiviti fizikal
  • Sederhana: Selimut pemanas, cecair intravena panas
  • Teruk: Pengoksigenan membran ekstrakorporeal, pintasan kardiopulmonari
Rawatan perubatan
Gula
Kematian1,500 setahun (US)
sunting

Hipotermia ("haba rendah"; daripada bahasa Yunani kuno: ὑπο, ypo, "bawah", dan θερμία, thermía, "haba") merujuk kepada pengurangan suhu badan yang berlaku apabila badan manusia melepaskan haba pada kadar yang lebih banyak daripada haba yang diserap. Manusia mengalaminya apabila suhu teras badan berada di bawah 35.0 °C (95.0 °F). Gejala-gejala keadaan ini bergantung kepada suhu: hipotermia tahap rendah menyebabkan kegigilan dan kebingungan mental. Rasa mengigil akan terhenti dan kekeliruan akan bertambah apabila hipotermia mencapai tahap sederhana. Mangsa akan terdorong untuk menanggalkan pakaian mereka dalam hipotermia tahap tinggi atau kritikal, ditambah lagi dengan peningkatan risiko sakit jantung.

Hipotermia boleh disebabkan oleh dua jenis faktor: sebab yang pertama dan paling umun adalah pendedahan kepada suhu sejuk yang melampau. Ia juga boleh berlaku akibat sebarang keadaan yang mengurangkan penghasilan haba ataupun meningkatkan kehilangan haba. Perkara ini biasanya boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan tetapi juga termasuk tahap gula darah yang rendah, anoreksia dan umur panjang. Suhu badan manusia biasanya akan dikekalkan pada tahap yang malar sekitar 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) melalui pentermokawalaturan. Antara cara yang digunakan untuk menggalakkan peningkatan suhu badan termasuklah menggigil, bertambahnya pergerakan aktif yang lincah serta pemakaian pakaian yang lebih tebal dan memerangkap haba. Hipotermia boleh didiagnoskan berdasarkan gejala atau simptom yang terzahir pada wujudnya faktor risiko mahupun melalui pengukuran suhu teras badan mangsa.

Keadaan yang berlawanan dengan proses pengurangan haba ini adalah hipertermia, iaitu penghasilan haba pada kadar lebih cepat daripada pelepasan haba secara semulajadi dari badan, menyebabkan peningkatan kepada suhu badan.