Seni pentas
| Bahagian daripada siri-siri |
| Seni pentas |
|---|
|
Seni pentas (performing arts) (Jawi: سني ڤنتس) ialah seni seperti muzik, tarian dan drama yang dipersembahkan untuk penonton. Ia berbeza daripada seni visual, yang melibatkan penggunaan cat, kanvas atau pelbagai bahan untuk mencipta objek seni fizikal atau statik. Seni pentas merangkumi pelbagai disiplin yang dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung, termasuk teater, muzik dan tarian.
Teater, muzik, gimnastik, manipulasi objek dan jenis persembahan lain wujud dalam semua budaya manusia. Sejarah muzik dan tarian bermula sejak zaman prasejarah manakala kemahiran sarkas bermula sejak Mesir Purba lagi. Banyak seni pentas dipersembahkan secara profesional. Persembahan boleh diadakan dalam bangunan yang dibina khas, seperti teater dan rumah opera, di pentas terbuka dalam festival, di pentas dalam khemah, seperti dalam sarkas atau di jalanan.
Persembahan secara langsung di hadapan penonton adalah satu bentuk hiburan. Perkembangan rakaman audio dan video telah membolehkan penggunaan seni pentas secara peribadi. Seni pentas selalunya bertujuan untuk menyatakan emosi atau perasaan.