Pidato

Pidato (barangkali daripada kata Sanskrit: पदार्थ, rumi: padārtha padārtha "inti pati, bahan"; bahasa Inggeris: public speaking) difahamkan sebagai pengucapan kata-kata dalam gaya yang teratur dan formal kepada pendengar sama ada secara perseorangan mahupun di hadapan khalayak ramai.

Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karier yang baik.