Pena
Pena (disebut [pé.na], Jawi: ڤينا) atau pen ([pén], Jawi: ڤين) ialah alat tulis runcing yang menakung, mengalirkan serta menandakan dakwat pada permukaan tertentu seperti kertas. Ia boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai warna - antaranya hitam, biru, merah dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.