Senarai maharaja dinasti Ming
Maharaja dari Dinasti Ming telah memerintah China bermula pada tahun 1368 sehingga 1644, mengantikan Dinasti Yuan Mongol. Enam belas orang maharaja memerintah seluruh China selama 276 tahun. Satu siri tuntutan ke atas takhta Ming berlanjutan yang dikenali sebagai kerajaan Ming Selatan sehingga maharaja terakhir dihukum bunuh pada tahun 1662.