Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir
| Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi |
| Moto | Berilmu, Beriman, Berbakti |
| Nombor sekolah | (+6)06-7630388 |
| Pengetua | Tuan Adam@Karim bin Haji Abd Malek |
| Alumni | SASER Old Boys Association (SASEROBA) |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Siti Azlina binti Hairudin |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Norhaizul bin Muhammad |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Cik Jaslinawati binti Mohd Saad |
| Faks | (+6)06-7622885 |
| Laman sesawang | Laman SM Sains Tuanku Munawir |
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER)(bahasa Inggeris: Tuanku Munawir Science School) ini merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh pada masa kini yang terletak di Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Sains Seremban, namun pada 8 Mac 2011, nama sekolah ini diganti dan diambil sempena nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir iaitu bapa kepada Yang Di-Pertuan Besar sekarang, Tuanku Muhriz. SASER ialah salah sebuah daripada enam SBP Putera.Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir telah menempatkan kedudukannya pada tangga pertama 5 tahun berturut-turut dari SPM 2006-2010.SASER telah dinobatkan sebagai penghasil straight A terbanyak pada 2010.